Pemilihan UMNO: Persaingan sengit Shahrizat, Noraini

Sinar Harian
Mac 11, 2023 21:30 MYT
Persaingan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO antara Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan Datuk Seri Noraini Ahmad dilihat cukup sengit ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persaingan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO antara Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan Datuk Seri Noraini Ahmad dilihat cukup sengit ketika ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Shahrizat kembali mendahului undian setakat jam 8 malam selepas Noraini mendahuluinya seketika.
Selain itu, Penyandang Naib Ketua Wanita UMNO, Norliza Abdul Rahim masih lagi mendahului dua pencabar lain dalam persaingan bagi merebut jawatan nombor dua sayap itu.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh masih lagi mendahului tiga pencabar dalam saingan pemilihan parti bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Selain daripada itu, anak kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham mendahului tiga pencabar lain bagi jawatan Naib Ketua UMNO.
Sementara itu, Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi pula mendahului lima pencabar lain bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.
Di samping itu, Exco Pergerakan Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin mendahului tiga pencabar lain bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO.
Pada Sabtu, pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 bermula pada hari ini dengan proses pengundian para perwakilan seluruh Malaysia.
Para perwakilan akan mengundi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi bahtera Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh orang calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (4), Naib Ketua (4) dan 113 jawatan EXCO.
Untuk sayap Wanita UMNO, seramai dua calon mempertandingkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (4), Ketua Wanita UMNO (2), Naib Ketua Wanita UMNO (2) dan 61 bagi jawatan EXCO.
Paling mencuri tumpuan adalah pertandingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO yang menyaksikan penyandangnya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, akan dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018
Bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pula, dua orang calon menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco.
- Sinar Harian
#Pemilihan UMNO #Ketua Wanita Umno #Shahrizat Abdul Jalil #noraini ahmad
;