Pemilihan UMNO 2018: Dr Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO baharu

Firdaus Azil
Jun 24, 2018 15:04 MYT
Setakat pagi ini, Dr Asyraf Wajdi mendapat 73 pencalonan daripada keseluruhan 191 bahagian
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berjaya mengalahkan pencabar lain untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 2018/21.
Mengikut keputusan tidak rasmi setakat pagi ini, Asyraf Wajdi berjaya mendapat 73 undi daripada 189 bahagian, meninggalkan tiga lagi pencabarnya iaitu Senator Khairul Azwan Harun (58 undi), Shahar Abdullah (56 undi), dan Datuk Seri Jamal Yunus (2 undi).
Dua lagi bahagian yang masih belum dikira undinya ialah Kelana Jaya dan Kapar.
Asyraf Wajdi dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Menara Dato Onn, petang ini, bersama-sama dengan Naib Ketua Pemuda UMNO yang baharu, iaitu Shahril Sufian Hamdan.

[KEPUTUSAN RASMI] Secara rasminya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki @drasyrafwajdi adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021. Tahniah diucapkan kepada DAWD atas kemenangan beliau dan selamat menjalankan tugas yang baru.#PemilihanUMNO2018 pic.twitter.com/2Gd0Bh454Y

— Pemilihan UMNO 2018 (@PemilihanUMNO18) June 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Khairul Azwan, dalam satu sidang media hari ini, mengucapkan tahniah kepada Asyraf Wajdi atas kejayaan beliau menjawat jawatan itu.
“Saya berharap Dr. Asyraf akan mempertimbangkan ‘reforms’ yang telah digariskan dalam manifesto saya tempoh hari iaitu meletakkan had umur Ketua Pemuda UMNO dan had umur keahlian Pemuda menjelang 2021; memperkenalkan sistem pendaftaran ahli yang lebih mudah dan pantas; dan membenarkan ahli sayap mengundi secara terus calon-calon pimpinan sayap bagi memastikan politik wang dapat dihapuskan,” katanya.
Keputusan penuh untuk kesemua jawatan pergerakan sayap-sayap UMNO akan diumumkan pada 5 petang ini, manakala hari pengundian bagi jawatan pegawai-pegawai Majlis Tertinggi, termasuk Presiden akan diadakan pada 30 Jun ini.
#Asyraf Wajdi Dusuki #ketua pemuda #Khairul Azwan Harun #Pemilihan UMNO #Pemuda UMNO
;