Pemilihan PKR Kuala Selangor diserbu
Sinar Harian
November 11, 2018 11:26 MYT
November 11, 2018 11:26 MYT
Hampir 1,000 anggota memenuhi pekarangan Dewan Orang Ramai Bestari Jaya sempena Pemilihan Cabang Kuala Selangor bermula jam 9 pagi, hari ini.
Pemilihan kedua berlangsung pagi ini dengan lancar selepas ditunda dua minggu lalu disebabkan masalah teknikal akibat disabotaj individu tidak bertanggungjawab.
Pengundian secara e-undi itu difahamkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal meskipun anggota parti terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam dewan.
Calon bagi kerusi Ketua PKR Cabang Kuala Selangor, Juwairiya Zulkifli turut menggalakkan semua anggota keluar mengundi bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.
"Pastikan kemenangan untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, calon Timbalan Presiden Keadilan nombor 2 dan mohon diberikan peluang kepada saya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor calon nombor 6," katanya.