Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Sinar Harian
Julai 11, 2022 19:15 MYT
Julai 11, 2022 19:15 MYT
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau sedia memberi penjelasan berhubung keputusan pemilihan PKR itu kepada pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac.
Beliau berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
“Insya-ALLAH seminggu sempat. Sebab kita pun akan habis kongres nasional PKR hujung minggu ini.
“Jadi selepas itu kita boleh fokus beri tumpuan pada surat (tuntutan penjelasan) Hans Isaac.
Mengulas lanjut, Zaliha berkata, beliau masih belum tahu lagi kandungan persoalan yang dinyatakan dalam surat tuntutan penjelasan tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya, JPP akan sedaya-upaya memastikan supaya mereka dapat memberi penjelasaan secepat mungkin.
“Biasanya kita akan tengok dulu apa penjelasan yang diminta oleh surat itu, tetapi seeloknya kita akan beri penjelasan itu cepat.
“Sekarang ini, kita pun sibuk dengan persediaan kongres.
"Jadi, kalau kita dapat surat itu awal, kita boleh balas awal,” ujarnya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian