Pemilihan Pas: Takiyuddin tarik diri daripada bertanding

Hafiz Marzukhi
April 16, 2017 07:42 MYT
Menurut Takiyuddin (gambar) beliau menarik diri kerana yakin dengan kepimpinan sedia ada. - Gambar fail
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menjelang pemilihan parti itu akhir bulan ini.
Pengumuman tersebut dibuat beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, beliau menarik diri kerana yakin dengan kepimpinan sedia ada.
Bagi pemilihan jawatan Naib Presiden, ketiga-tiga penyandangnya iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertanding bagi jawatan tersebut bersama Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan Tantawi.
Muktamar PAS Pusat akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini di Alor Setar, Kedah.
#Kedah #Mohd Amar Nik Abdullah #Muktamar Pas #PAS #presiden #Takiyuddin Hassan