SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam ini, bakal menjadi tumpuan berikutan keputusan penyingkiran beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepemimpinan parti itu akan dibuat.
Berdasarkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, mesyuarat MKT berkenaan akan melakukan pembersihan secara besar-besaran, yang secara tidak langsung memberi isyarat mengenai penyingkiran tersebut.
Nasib bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dilihat lantang mengkritik pemimpin parti, dijangka akan diketahui malam ini berikutan tindak-tanduknya yang didakwa melanggar disiplin parti.
BACA: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Khairy juga lantang menyuarakan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi tidak terkubur dalam parti itu.
Malah, bekas calon Barisan Nasional (BN) yang tewas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh pada November lalu, turut memaklumkan mahu membersihkan UMNO jika menang di kerusi itu.
BACA: Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) baru-baru ini, khairy turut mendakwa terdapat perwakilan import ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh pimpinan parti berkenaan.
Selain itu, nasib bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan beberapa pemimpin UMNO Tanjong Karang juga akan diketahui, malam ini apabila didakwa terbabit dalam mensabotaj parti pada PRU15 yang lalu.
BACA: 'UMNO milik semua, bukan MT sahaja' - Khairy
Noh juga lantang mengkritik parti pada PAU 2022 lalu, selepas pemimpin Kelab UMNO Luar Negara dikatakan dihalang berbahas kerana ada kecenderungan mengkritik presiden parti termasuk tidak setuju dengan usul tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengesahkan mesyuarat MKT akan memutuskan tarikh pemilihan parti termasuk bagi jawatan tertingginya.
Katanya, ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan dan bahagian, yang dijangka diadakan serentak bagi 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya.
Sebelum itu, dua jawatan tertinggi UMNO diputuskan melalui usul tambahan pada PAU 2022, tidak akan dipertandingkan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 27 2023
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini. - Foto Bernama
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli MKT UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Beberapa Ahli MKT UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam.
MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.
Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.
Pimpinan UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT
Beberapa pimpinan UMNO tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO, pada Jumaat.
MKT UMNO bermesyuarat malam ini, kali pertama disertai Naib Presiden parti sebagai Perdana Menteri
Mesyuarat MKT sepatutnya berlangsung pada Sabtu lepas, namun ditangguh sebanyak dua kali, sebelum tarikh dimuktamadkan hari ini.