Pembatalan Ordinan Darurat: Tidak timbul soal derhaka - Annuar

Muhafandi Muhamad
Ogos 1, 2021 18:15 MYT
Menurut Annuar, proses pembatalan Ordinan Darurat sedang berjalan mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Proses pembatalan Ordinan Darurat sedang berjalan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Justeru, menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, tidak timbul soal penderhakaan atau membelakangi Yang di-Pertuan Agong.
“Saya hendak jelaskan pada 21 Julai kerajaan membincangkan untuk melaksanakan titah Tuanku sebab itu dibincang kalau hendak derhaka tidak payah bincang sebab perjumpaan Majlis Raja-Raja kata tidak payah sambung Darurat. Kalau ikut peraturan kaedahnya tidak boleh begitu dalam hal ini kita ada kuasa khas yang tentukan, sambung tak sambung. Jawatankuasa pun tidak sempat beri pandangan lagi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ordinan Darurat | Tidak timbul soal derhaka - Annuar
Katanya Kerajaan belum sempat membuat keputusan lagi, sebaliknya Majlis Raja-Raja telah pun memberikan pandangan supaya Proklamasi Darurat tidak disambung.
Tegas Annuar, proses ke arah pembatalan Ordinan Darurat sedang berjalan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkannya di Parlimen pada 26 Julai lepas.
Apa yang sedang dilakukan Takiyuddin itu ialah memaklumkan pendirian dan keputusan Kabinet berhubung perkara berkenaan tanpa memperincikan proses yang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Jelas Annuar ada pihak cuba mengelirukan fakta dan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional membelakangi Yang di-Pertuan Agong.
#darurat #Ordinan Darurat #Yang di-Pertuan Agong #Parlimen #Tan Sri Annuar Musa #Takiyuddin Hassan #Perdana Menteri #Dewan Rakyat #Politik Malaysia
;