DAP Sarawak, PKR Sarawak dan Parti Amanah Negara Negeri Sarawak (Amanah Sarawak) hari ini mengumumkan penubuhan gabungan dikenali sebagai 'Pakatan Harapan Sarawak' sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang menjadi jurucakap gabungan itu, berkata mereka juga telah memuktamadkan rundingan mengenai peruntukan kerusi.
"Pada asasnya, persetujuan yang dicapai ialah bagi PRU14, parti berkenaan akan bertanding di kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU13.
"Amanah akan mendapat kerusi yang ditandingi oleh PAS dahulu," katanya pada satu sidang media bersama di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi.
"Mungkin akan terdapat beberapa perubahan, tapi ia tertakluk kepada persetujuan dua hala antara parti terlibat.
"Sekiranya konsensus tidak dicapai, kami akan kembali kepada aturan bahawa parti yang bertanding di sesuatu kerusi pada PRU13 akan mempertahankannya pada PRU14," kata Chong.
Chong, yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, berkata ketiga-tiga parti itu juga membentuk sebuah sekretariat dianggotai dua wakil daripada setiap parti.
Katanya, sekretariat berkenaan akan menyelaras aktiviti dan kerjasama antara parti berkenaan serta bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama Pakatan Harapan Sarawak untuk PRU14.
Chong berkata gabungan itu mungkin bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen.
Sementara itu, Baru berkata beliau mungkin tidak menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2017
![Pembangkang tubuh Pakatan Harapan Sarawak untuk hadapi PRU14 Pembangkang tubuh Pakatan Harapan Sarawak untuk hadapi PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41435914805_PCDAP.jpg)
CHONG: Bagi PRU14, parti berkenaan akan bertanding di kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU13.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
![Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732453550_MohamadSabuMenter.jpg)
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
![Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731228037_TBWATIKAH.jpg)
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
![Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703418809_AMANAH.jpg)
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
![PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713694614_TBDZULKEFLY.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709966069_tbMohamadSabu.jpg)
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
![Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708775178_amanah.jpg)
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
![Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707986177_TBMohamadSabujp.jpg)
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
!['Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan' 'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707946767_PermohonanMaaf.jpg)
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.