Pembangkang di ambang kejatuhan di Sabah - Abdul Rahman

Bernama
Oktober 2, 2016 23:03 MYT
ABDUL RAHMAN: 'Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah'. - Gambar fail
Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengistiharkan keluar parti hari ini, kata Barisan Nasional (BN) Sabah.
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang mengatakan "PKR dan DAP adalah parti tidak berguna."
"Tetapi bukankah sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah?," katanya dalam kenyataan yang dipos melalui Twitternya @mpkotabelud di sini.

Pakatan is crumbling in Sabah with the exodus of Pakatan's YBs. Problem is, it's the same people with the same attitude. No originality.

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

By quitting, these YBs essentially said PKR & DAP are useless parties. But didn't they praise PKR and DAP as saviors of Sabahans before?

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh
Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin (ADUN Klias), ADUN Moyog, Terence Siambun (PKR) dan ADUN Likas, Junz Wong (DAP) keluar dari parti masing-masing.
Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.
#Abdul Rahman Dahlan #Barisan Nasional Sabah #DAP #PKR
;