Pembangkang dan NGO bincang isu 1MDB di padang kawad parlimen

Israr Khalid, Kohilah Sekaran
Julai 7, 2015 14:48 MYT
Perhimpunan dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah dan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kumpulan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan di padang kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu.
Perhimpunan dikatakan dibuat di lokasi tersebut atas berikutan lokasi asal yang dicadangkan iaitu bilik mesyuarat di bangunan sementara pentadbiran parlimen telah ditempah awal oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata bahawa mereka pada mulanya dihalang masuk ke bilik mesyuarat kerana diberitahu bilik mesyuarat yang ditempah itu telah dibatalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Alasan yg diberi: "Bilik taklimat sudah di book oleh Felo Perdana Kementerian Belia & Sukan". Semalam takda kata apa2 pun.

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menafikan kenyataan tersebut dengan menegaskan bahawa mana-mana Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tempahan bilik di Parlimen.

Pengurusan bilik di Parlimen bawah Parlimen. Mana2 Kementerian tiada hak membatalkan 'tempahan'. https://t.co/hyvaP3kLR3

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkongsi gambar di laman Twitter dengan menulis “ahli-ahli parlimen 'bersidang' dengan duduk di lantai di ruang terbuka kerana tidak dibenarkan guna bilik mesyuarat."

Ahli-ahli parlimen 'bersidang' dengan duduk di lantai di ruang terbuka kerana tidak dibenarkan guna bilik mesyuarat. pic.twitter.com/q6vMNcIclj

— Liew Chin Tong (@LiewChinTong) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, turut mengesahkan sidang tergempar Parlimen dan Pimpinan Masyarakat itu diadakan di tangga Parlimen.

Sidang tergempar Parlimen & pimpinan masyarakat membincangkan skandal #1MDB #WSJ di tangga Parlimen kerana BN tidak benarkan kami guna bilik

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa kawalan keselamatan keterlaluan berlaku di Parlimen.

Big security crisis in Parliament! Why? Bcos MPs want to have meeting on WSJ allegation against Najib with NGO reps - striking fear in govt!

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, ahli-ahli Parlimen and NGO yang lain turut tidak melepaskan peluang untuk melaporkan keadaan secara langsung dari Parlimen.

MPs r not allowed 2 use meeting room in Parliament.Comes wat may, emergency mtg on WSJ's allegation of 1MDB is on! pic.twitter.com/gM48zrMyRv

— Alice Lau (@alicelky) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ketetapan: Sebuah sidang #Parlimen khas dipanggil bg membolehkan sesi penerangan oleh AG & Gabenor BNM. PM wajib bercuti sementara siasatan.

— Nurul Izzah (@n_izzah) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gives new meaning to the term Parliament sitting. At the foyer, since we weren't allowed into the main building. pic.twitter.com/VMkFG8RQQE

— Tricia Yeoh (@TriciaYeoh) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perhimpunan dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah dan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ia bermula sekitar jam 12.30 tengahari.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan.
Pertemuan itu dicadangkan diadakan sebelum ini oleh Wan Azizah Wan Ismail dan disokong oleh ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.
#1MDB #Lim Guan Eng #Lim Kit Siang #Parlimen #Wan Azizah Wan Ismail
;