Peletakan jawatan tidak pernah ditolak Istana Negara - Pakar Perlembagaan

Umavathi Ramayah
Februari 24, 2020 15:27 MYT
Istana Negara perlu melihat apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri yang meletakkan jawatan itu. - Bernama
Yang di-Pertuan Agong tidak pernah menolak mana-mana peletakan jawatan Perdana Menteri yang dilakukan dengan cara baik.
Pakar Perlembagaan Profesor Madya Dr Shamrahayu A Aziz memberitahu, dalam sejarah negara, peletakan jawatan yang dilakukan secara baik seperti ini (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak pernah ditolak oleh Istana Negara sebelum ini.
Meskipun tidak ada sebarang protokol dalam peruntukan undang-undang yang menetapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yang di-Pertuan Agong, namun katanya, secara amalannya adalah lebih baik Tun Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kemudian peletakan jawatan itu ditentukan sama ada ditolek atau diterima.
Shamrahayu yang merupakan panel program Buletin AWANI Khas pada Isnin berkata, Istana Negara perlu melihat apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri yang meletakkan jawatan itu.
#letak jawatan #Mahathir Mohamad #menteri #Perdana Menteri #undang-undang #Yang di-Pertuan Agong
;