Pelantikan Azmin bukti kematangan politik negara - Yusmadi Yusoff

Astro Awani
September 23, 2014 23:30 MYT
Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusoff - Gambar Fail
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor pada Selasa adalah bukti perjalanan politik negara semakin matang.
Itu menurut Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusoff yang turut merasakan pelantikan Azmin sebagai MB dapat menggarap kepimpinan Pakatan untuk bersatu kembali.
“Konflik pelantikan MB di Selangor dilihat menyentuh dua isu besar iaitu isu perundangan dan isu diplomasi.
Namun konflik ini buat pertama kalinya dapat diselesaikan dengan hubungan diplomasi yang dilakukan bersama institusi beraja, itu bukti kematangan politik negara malah kematangan rakyat dalam menerima perubahan” katanya.
Tambah Yusmadi, walaupun pelbagai rencam yang berlaku dalam isu MB Selangor, pelantikan Azmin menjadi harapan baru kepada Pakatan.
Yusmadi berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan AWANI 745 pada Selasa.
#ADUN #Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa #Menteri Besar Selangor #Mohamed Azmin Ali #Pengerusi Biro Antarabangsa PKR #Yusmadi Yusoff