KUALA PILAH: Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan hari ini merupakan hasil kesepakatan dan perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) daripada peringkat akar umbi hingga ke kepimpinan utama parti.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau optimis barisan kepimpinan berkenaan mampu melakukan yang terbaik untuk pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus memastikan kejayaan agenda Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dapat direalisasikan.
"Barisan Exco dalam kalangan baharu dan lama adalah baik...ada Exco Kanan (Datuk Seri Jalaluddin Alias), ia pertama kali dalam pentadbiran kita (negeri).
"Setiap portfolio disusun mengikut senioriti, kemampuan serta kebolehan ahli Exco dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti gabungan Kerajaan Perpaduan dengan menampilkan enam muka baharu dan empat muka lama," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Aminuddin berharap semua Exco berkenaan akan membawa perubahan dan memacu pembangunan negeri, selain pengalaman daripada barisan muka lama dapat membantu Exco baharu mentadbir serta mengurus Negeri Sembilan dengan lebih baik.
Aminuddin, yang juga ADUN Sikamat, berkata pelantikan tiga Exco wanita pada kali ini melepasi 30 peratus, sekali gus menunjukkan kerajaan negeri tidak meminggirkan peranan wanita dalam pentadbiran negeri.
Sementara itu, ADUN Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata lantikan barisan Exco dipersetujui secara kolektif oleh semua pihak demi kestabilan Kerajaan Perpaduan dan memperkukuhkan pentadbiran di bawah kepimpinan Aminuddin di Negeri Sembilan.
"Setelah berbincang bersama PH, maka kita sudah mencapai keputusan kolektif untuk kestabilan Kerajaan Perpaduan. Keputusan diambil selepas mengambil kira pelbagai aspek maka kami bersetuju pecahan Exco, BN (empat), DAP (empat) dan dua PKR," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata BN dan PH adalah satu pasukan Kerajaan Perpaduan yang akan memacu pentadbiran Negeri Sembilan serta melaksanakan tugas untuk kesejahteraan rakyat dengan lebih baik.
"Kami akan pastikan segala agenda pembangunan, kemudahan infrastruktur dapat dilaksanakan segera bagi memastikan manifesto yang dibentangkan dapat dilaksanakan," katanya yang menyifatkan pelantikannya sebagai Exco Kanan satu pengiktirafan kepada BN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Aminuddin (enam, kiri) bergambar bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto BERNAMA
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Patuhi kod etika pemakaian di premis kerajaan - Exco
Orang awam perlu mematuhi kod etika pemakaian yang telah ditetapkan ketika berurusan di premis kerajaan.