Pelancaran 'handbook Valimai (The Strength)' Perikatan Nasional bagi masyarakat India

Kenyataan Media
November 16, 2022 17:54 MYT
'Valimai' adalah satu penghubung untuk mendekati pemimpin-pemimpin kaum India menerusi ketua-ketua komuniti kaum India. - Gambar/ Gerakan
PARTI Perikatan Nasional (PN) telah melancarkan satu handbook untuk masyarakat India yang berjudul ‘Valimai’ (The Strength). Konsep ‘Valimai’ ini sebenarnya bermaksud ‘kekuatan dalaman’ yang menterjemaahkan segala usaha murni mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilaksanakan ketika beliau memikul tanggungjawab yang begitu besar sebagai Perdana Menteri sewaktu Malaysia sedang dilanda pandemik COVID-19 iaitu krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik.
Pengambilalihan pucuk pimpinan tertinggi bukan perkara mudah namun beliau terus bertahan dan bersabar dengan pelbagai cabaran ketika itu.
Konsep ‘Valimai’ ini bukan sekadar mengumpulkan segala usaha murni pemulihan ekonomi ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri malah turut mengetengahkan pakej-pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion sewaktu pandemik COVID-19.
Sebenarnya, ‘Valimai' adalah lebih daripada itu iaitu kekuatan dan keupayaan di dalam tahap penjagaan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di waktu penularan Krisis Wabak Pandemik COVID 19 yang tempohnya hampir mencecah dua tahun setengah.
Krisis kesihatan berskala besar seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia apatah lagi untuk kita membandingkan kepimpinan mana-mana Perdana Menteri atau mana-mana ahli politik yang mungkin berkeupayaan untuk mengharungi cabaran ini.
Dengan pelancaran 'Valimai' ini, ia juga memberikan sokongan kuat PN terhadap kaum India yang turut mengambil berat terhadap soal kebajikan kaum India di Malaysia. 'Valimai' adalah satu penghubung untuk mendekati pemimpin-pemimpin kaum India menerusi ketua-ketua komuniti kaum India. Slogan ‘Valimai’ adalah fokus utama Kerajaan PN untuk mendekati kaum India dengan menekankan usaha-usaha murni beliau terhadap masalah-masalah pembangunan sosioekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Nescaya, sekiranya PN menang di dalam PRU15 ini kerajaan pimpinan PN akan sentiasa menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan kaum India. Kita akan menambah baik Bajet 2023 dengan pelbagai inisiatif khusus untuk masyarakat India seperti yang dibentangkan seperti peruntukan RM100 juta bagi pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan RM25 juta bagi program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
PUVANITEN M. HELAN GOVAN
Ketua Biro Perpaduan Nasional
Parti Gerakan
#PRU15 #India #Valimai #Muhyiddin Yassin
;