Pejuang tidak mahu PRU15 dalam masa terdekat - Mukhriz

Adie Sufian Zulkefli
Februari 13, 2021 18:55 MYT
Mukhriz berkata, negara masih bedepan ancaman COVID-19 dan keutamaan semua pihak ketika ini adalah memikirkan tentang keselamatan dan kebajikan rakyat. - Gambar fail
JERLUN: Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pihak menggerakkan usaha ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, negara masih bedepan ancaman COVID-19 dan keutamaan semua pihak ketika ini adalah memikirkan tentang keselamatan dan kebajikan rakyat.
"Kami rasakan bahawa bukan masanya untuk adakan pilihan raya umum lagi. Biarlah habis penggal ini pun tak apa iaitu pada 2023.
"Tapi dalam tempoh sekarang sampai tempoh 2023, kalau ubah semula kerajaan tak apa asalkan jangan kita mendedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak ini seperti mana yang berlaku setelah Pilihan Raya Negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sanitasi Masjid di Jerlun, hari ini.
#Mukhriz Mahathir #Mahathir Mohamad #Pilihan Raya Umum ke-15 #Parti Pejuang Tanah Air #Pejuang #COVID-19
;