Pejuang ikrar perkasa dasar liberal rakyat bukan Melayu

Astro Awani
November 15, 2021 11:51 MYT
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut menjelaskan, liberalisme Malaysia terhadap bukan Melayu, jika diukur dari segi apa sekali pun, tidak pernah berlaku sebelum ini.
KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berikrar akan memperkasa semua dasar liberal dan keistimewaan terhadap rakyat bukan Melayu.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, walaupun parti itu adalah sebuah parti Melayu, namun parti itu akan terus berusaha meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu sama taraf seperti masyarakat Cina.
Bekas Perdana Menteri itu turut menyatakan, kerajaan yang didominasi Pejuang akan menjunjung prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang.
"Pejuang akan menolak dan mengharamkan semua jenis salah guna kuasa dan rasuah oleh kerajaan yang mentadbir.
"Pejuang juga akan mengamalkan tadbir urus yang baik dengan objektik menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2030 atau lebih awal.
"Ini adalah ikrar kami. Menyokong Pejuang adalah menyokong Malaysia dan rakyat Malaysia. Sementara orang Melayu boleh berharap untuk mengejar, yang lain (bukan Melayu) tidak akan kehilangan tempat dan peluang mereka," katanya menerusi entri terbaharu di blog peribadinya.

6. In addition to that, a Pejuang dominated Government will uphold democratic principles and the rule of laws. It will reject and outlaw all kinds of abuses of power and corruption by the Government and the administration.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8. This is our pledge. Supporting Pejuang is supporting Malaysia and Malaysians. While the Malays can hope to catch up, the others will not lose their places and opportunities.https://t.co/LyBI6jqA8U

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut menjelaskan, liberalisme Malaysia terhadap bukan Melayu, jika diukur dari segi apa sekali pun, tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pada masa sama, hanya sedikit konflik yang tercetus antara rakyat yang berlainan kaum di negara ini.
Tegasnya, Malaysia jauh lebih stabil dan aman daripada banyak negara berbilang kaum lain malah negara satu etnik di dunia.
#Pejuang #Tun Dr Mahathir Mohamad #dasar liberal #Melayu
;