Peguam, pakar pediatrik antara calon Amanah di Pulau Pinang
Dewi Nur Harasha Alias
April 13, 2018 05:19 MYT
April 13, 2018 05:19 MYT
Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan empat orang calon parti itu akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, calon-calon itu akan bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.
Di Kepala Batas, Amanah menurunkan pakar pediatrik, Dr Zaidi Zakaria yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Harapan Kepala Batas.
Bagi DUN Permatang Pasir, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil akan bertanding manakala Naib Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang, Azrul Mahathir Aziz diletakkan di DUN Bayan Lepas dan seorang peguam, Yusri Ishak di DUN Sungai Dua.
Mujahid mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana 10 Tahun dan Terus Bersama Kerajaan Pakatan Pulau Pinang' di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.
Hadir sama, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta rakan-rakan Pakatan Harapan negeri.
#MalaysiaMemilih
#Mujahid Yusof Rawa
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#pilihan raya umum
#PRU14
#pulau pinang