KUALA LUMPUR: Beberapa perwakilan muda UMNO hari ini mahu parti itu terus memberi peluang kepada anak muda untuk memastikan sasaran meremajakan parti terlaksana.
Malah ada antara mereka memberi jaminan akan berusaha menarik sokongan golongan muda demi memberi kemenangan kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
''Insya-Allah jika PRU 15 ini, ayahanda presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) beri 50 kerusi sekali pun untuk Pemuda... kita janji dan jamin kita akan menangkan kesemua kerusi itu," kata Wakil Pergerakan Pemuda Melaka Dr Muhammad Akmal Saleh.
''Kalau sebelum ini, jarang nak tengok calon Pemuda lebih daripada seorang (bertanding di satu-satu kawasan pilihan raya), tetapi di bawah pimpinan presiden hari ini, bukan seorang...bukan juga dua tetapi empat (kerusi) diberikan kepada Pemuda (UMNO) di PRN Melaka dan lima di (PRN) Johor dan Alhamdulilah semua kerusi kita menang,'' katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.
Sementara itu, perwakilan Mahasiswa UMNO Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata calon-calon muda yang berpotensi harus terus diketengahkan bagi menzahirkan prinsip peremajaan UMNO.
"Calon-calon muda yang berpotensi harus kita angkat. Calon-calon yang berupaya dan berimej bersih harus kita julang. Representasi dan partisipasi calon muda hari ini bukan lagi fatamorgana ciptaan semata-mata.
"Di (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor adalah saksi hidup, bagaimana calon muda boleh menang di kerusi 'keras'. Bagaimana calon yang berkredibliti yang dijadikan "poster boy of Johor" begitu mendapat sambutan yang luar biasa," katanya.
Beliau berkata UMNO perlu membawa pembaharuan merangkumi tawaran, tindakan dan pendekatan baharu untuk menenangi hati golongan muda sekali gus mampu meremajakan parti itu khususnya menarik sokongan Undi 18.
Perhimpunan Agung UMNO 2021
Sementara itu, perwakilan dari Terengganu Bazlan Abd Rahman berkata UMNO mesti merangka tawaran baharu kepada golongan muda bagi meyakinkan mereka terus bersama-sama parti itu.
Bazlan berkata keperluan golongan muda mesti diurus secara holistik dan konsisten, bukan hanya semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
"Pada PRU ke 15 nanti, dijangka 22.7 juta layak mengundi. Daripada jumlah itu seramai 5.6 juta ialah pemilih kali pertama...1.2 juta daripada mereka berusia sekitar 18 hingga 20 tahun.
"Bagaimana kita mahu memastikan mereka ini menyokong UMNO. Apakah rancangan kita? Apakah tawaran kita? Apakah peluang mereka nanti dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan dan segala bentuk kebajikan mereka," katanya.
Sementara itu, wakil Kelab UMNO Luar Negara Haziq Hafiz Himas meminta UMNO untuk lebih proaktif dalam menyuburkan semangat dan kecintaan untuk membina negara yang lebih baik bersama parti.
"Jangan pernah disia-siakan peluang ini , jangan pernah untuk kita leka lagi. Sebelum parti politik lain ambil kesempatan, lebih baik kita mengawal keadaan. UMNO perlu segera memburu bakat-bakat berkualiti ini sebelum mereka beralih angin ternoda dengan fitnah dan penipuan puak pembangkang," katanya.
Tegasnya, ini kerana banyak pengundi termasuk mahasiswa berada di luar negara dan boleh dipikat mana-mana pihak termasuk pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Ada antara mereka memberi jaminan akan berusaha menarik sokongan golongan muda demi memberi kemenangan kepada UMNO pada PRU15. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum ada mana-mana pihak isytihar bubar, keluar Muafakat Nasional - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.
Kerajaan bekukan akaun bank suami gagal bayar nafkah
Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
PAU2021: Dakwaan 'hanya tekan PM untuk bubar Parlimen' tidak tepat - Shamsul Anuar
Banyak perkara yang dibincangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) dan ia tidak hanya soal politik semata-mata.
PAU2021: Pemilihan UMNO ditangguh enam bulan selepas PRU - Mohamad Hasan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
PAU2021: Tiada perkara baharu, hanya sibuk 'tekan' PM bubar Parlimen - Penganalisis politik
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia dilihat tidak lain tidak bukan hanya lebih kepada memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.
PAU2021: 'Top 5' UMNO akan duduk, bincang isu pembubaran Parlimen - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya.
PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.
PAU2021: Kerajaan tidak pernah lupa agenda Bumiputera - PM
Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut.
PAU2021: 'Saya orang parti, darah saya darah UMNO' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah digugat oleh apa sahaja cabaran yang ditempuhinya ketika ini.
PAU2021: Hasrat bubar Parlimen akan dibincang dan diteliti - PM
Kenyataan tersebut menyusul dipenghujung ucapanya pada hari terakhir persidangan PAU2021 berlangsung.