PAU2020: Siapa calon PM dari UMNO? Sayalah - Tok Mat berseloroh

Isabelle Leong
Mac 27, 2021 16:48 MYT
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembau menegaskan, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan BN. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini bergurau dengan berkata beliau merupakan calon Perdana Menteri yang paling sesuai bagi UMNO sekiranya parti tersebut menang di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang.
“Anda sedang bercakap dengan dia sekarang,” kata Mohamad pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020).
Sejurus memberikan komen spontan tersebut, beliau ketawa dan memberitahu pemberita yang hadir bagi membuat liputan sidang medianya itu bahawa beliau hanya berseloroh.
“Ia satu gurauan, saya bergurau sahaja.
“Parti akan membuat keputusan.
“Kita jangan terikat dengan cara konvensional tetapi perlu memikir kehendak semua pihak,” katanya.
Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembau menegaskan, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan BN.
Beliau berkata UMNO perlu menjadi ‘striker’ (pemain utama) dan tidak boleh lagi menjadi ‘anak ayam’.
PAU 2020 | Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
#Mohamad Hasan #Perdana Menteri #calon #pilihan raya umum #Pilihan Raya Umum ke-15 #PRU-15
;