PAU2017: Zaman letak songkok, songkok menang, sudah lama berlalu - Khairy

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 9, 2017 15:29 MYT
Permintaan calon citarasa terkini oleh Khairy dikemukakan semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017. - AstroAWANI/Shahir Omar
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini meminta supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan calon yang menepati citarasa 2017 pada Pilihan Raya Umum ke-14. (PRU14).
Jelasnya, ketika ini bukan lagi zaman yang mudah untuk Barisan Nasional (BN) menang dengan hanya meletakkan calon sembarangan.
"Kini tahun 2017 dan biarlah calon-calon yang kita kemukakan juga menepati citarasa 2017. Sebab apa ini penting?
"Sebab kita tahu pengundi tidak lagi hanya pandang lambang. Zaman letak songkok, songkok menang sudah lama lalu. Sekarang ini calon itu manifestasi kepada Presiden dan parti.
"Kita perlu kepelbagaian dalam calon ini supaya parti dilihat kontemporari.
"Kepelbagaiaan itu bermaksud ada yang dari golongan senior tetapi tambah lah calon-calon wanita, calon-calon muda malah lain-lain lagi," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Bagaimanapun, katanya keputusan akhir dalam meletakkan calon adalah di tangan Presiden parti.
Malah, keputusan akhir Presiden itu akhirnya adalah untuk menentukan kemenangan UMNO dan BN pada PRU-14.
#calon muda #calon pilihan raya #citarasa 2017 #etak songkok songkok menang #PAU2017 #pilihan raya #PRU14 #UMNO #UMNO4 0 #zaman songkok calon
;