PAU2017: Semangat yang dibawa presiden perlu dibawa ke akar umbi
Harits Asyraf Hasnan
Disember 9, 2017 18:54 MYT
Disember 9, 2017 18:54 MYT
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Cogan kata UMNO yang akan menjadi teras kepada pemimpinnya dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Malah, semangat yang dibawa Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibawa ke akar umbi dalam memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat, amanah dan amanat yang telah diberi oleh Presiden UMNO khususnya kepada perwakilan untuk mencapai kemenangan PRU14 harus bermula dari akar umbi.
"Mesej itu jelas dan saya percaya bahawa perwakilan di bawah akan melaksanakannya," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, daripada rumusan penggulungan Presiden UMNO, terpulang kepada rakyat untuk memilih BN atau parti lain untuk memimpin negara.
"Pilihan yang ada pada rakyat untuk PRU akan datang sangat jelas, sama ada memilih UMNO dan BN yang bakal mewarisi masa depan atau memilih parti yang boleh memudaratkan negara," katanya.
Selain itu, Exco Wanita UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, apa yang dinyatakan oleh Presiden UMNO akan menjadikan azimat untuk terus berjuang demi mempertahankan UMNO dan pemimpinnya.
Turut memberi reaksi adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi jentera parti UMNO bersedia untuk berhadapan PRU14.
"Seluruh jentera parti sudah bersedia untuk berhadapan PRU14 yang akan datang. Ia adalah penting untuk terus memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara," ujarnya.
#agenda
#Barisan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#PAU2017
#Pemuda UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#pilihan raya umum
#PRU14
#Tengku Adnan
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
#Wanita UMNO