PAU2017: Puteri bina jambatan 4.0 untuk titian wanita muda
Kamarul Bahrin Haron
Disember 8, 2017 08:41 MYT
Disember 8, 2017 08:41 MYT
Tsunami Revolusi Perindustrian 4.0, 4IR, landa seluruh dunia.
Ada yang statik takutkan tenggelam, ada yang sibuk bersiap untuk timbul.
Tapi untuk UMNO 4.0, Puterinya sedia bina jambatan untuk jadi UMNO 4.0.
Bukan sembarang jambatan tetapi titian untuk wanita muda negara yang hebat 4IR.
Ini janji ketuanya Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.
Pengasas bersama Grab yang mengatasi UBER di rantau kita, Tan Hooi Ling, wanita muda Malaysia.
Portal gaya hidup dan pemakanan sihat semakin popular Asia, PurelyB, diterajui, Raja Jesrina Arshad, wanita muda Malaysia.