PAU2017: Pertahan presiden, kami dicop pemakan dedak - Perwakilan

Wan Syamsul Amly, Marlina Manaf, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 8, 2017 09:08 MYT
Perwakilan UMNO Kuala Lumpur, Datuk Rizalman Mokhtar berkata sokongan diberi kepada Presiden adalah atas prinsip kesetiaan kepada perjuangan parti.
Ahli-ahli UMNO tidak pernah diberi sebarang bentuk ganjaran atau 'dedak' untuk menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perwakilan UMNO Kuala Lumpur, Datuk Rizalman Mokhtar, sokongan diberi adalah atas prinsip kesetiaan kepada perjuangan parti.
"Kita pertahan Presiden sehingga kita dicop sebagai pemakan dedak. Saya nak tanya, adakah kita dibayar? Adakah kita diberi dedak?
"Kita lakukan semua ini adalah kerana kita sayang kepada parti. Kita sayang pada presiden (UMNO) dan kita sayang pada Kerajaan ketika ini," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
#Barisan Nasional #dedak #kerajaan #Najib Razak #PAU 2017 #RIZALMAN MOKHTAR #UMNO #UMNO 4 0
;