PAU2017: Perang persepsi bukan tanggungjawab Ketua Penerangan sahaja

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 8, 2017 16:16 MYT
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan perang persepsi bagi menawan hati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 bukan hanya tanggungjawab Ketua Penerangan sahaja. - fotoBERNAMA
Perang persepsi bagi menawan hati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti bukan hanya tanggungjawab Ketua Penerangan sahaja.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana hampir semua ahli memiliki gajet atau telefon pintar.
"Hampir semua memiliki akaun media sosial. Jadi, pendapat bahawa perang persepsi ini hanya tanggungjawab Ketua Penerangan di peringkat pusat atau negeri ataupun Jabatan Penerangan adalah tidak betul.
"Kini, semua harus mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan persepsi dan membalas fitnah yang dilontarkan," katanya.
BACA: PAU2017: Politik 'kotor' pembangkang lebih agresif menjelang PRU-14 - Najib
TONTON: Wanita UMNO tampil agresif berdepan perang persepsi
Beliau berkata demikian selepas melawat Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
#Annuar Musa #Datuk Seri Najib Tun Razak #fitnah #ketua penerangan #PAU 2017 #pembangkang #perang persepsi #Perhimpunan Agung UMNO #persepsi #Presiden UMNO #PRU-14 #UMNO #UMNO 4 0
;