PAU2017: Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dipersetujui - Hamzah

Hafiz Marzukhi
Disember 9, 2017 14:46 MYT
Hamzah ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini penting supaya rakyat tidak terus terbeban dengan perkara ini.
"Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk merealisasikan cadangan yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar ketika sesi perbahasan," katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan mengetatkan undang-undang bagi memerangi 'orang tengah' yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kenaikan harga barang keperluan.
"Pindaan akan dibuat kepada Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 supaya kita boleh memerangi mereka yang menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya," katanya.
#hamzah #Hamzah Zainuddin #Jamawi Jaafar #kos #kos sara hidup #PAU 2017 #sara hidup #UMNO #UMNO 4 0
;