PAU2017: Makcik kilang simpan cuti tahunan demi UMNO
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 9, 2017 11:46 MYT
Disember 9, 2017 11:46 MYT
Rozi bergambar bersama rakan-rakan Wanita UMNO dari Pulau Pangkor, Perak. Dari kiri Liza Pat, Mariam Isa, Dewi Mat Jahid, Rozi Ishak dan Liza Pat.- foto AstroAWANI/Siti Nursyazwani
Sepasang suami isteri sanggup bercuti demi menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).
Menurut Rozi Ishak, 52 yang bekerja kilang di Butterworth, Pulau Pinang, beliau menyimpan cuti tahunan untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menunjukkan tanda sokongan kepada UMNO.
Beliau tidak keseorangan apabila turut ditemani suaminya yang merupakan pengusaha tempeyek.
"Kami tidak akan melepaskan peluang keemasan ini kerana saya tahu masih ramai yang berebut mahu hadirkan diri ke PAU," katanya ketika ditemui Astro AWANI di PWTC di sini, hari ini.
Ujar Rozi, dia sudah berada di PWTC (PAU2017) bermula Isnin lalu dan hanya akan pulang ke Pulau Pinang pada Ahad.
"Walaupun lebih kurang seminggu di sini, makcik seronok. Selain demi UMNO, makcik boleh berjumpa dengan perwakilan-perwakilan dari negeri lain.
Tambahnya, dia tidak akan melupakan rakan Wanita UMNO di Bagan yang tidak dapat menghadirkan diri dan sudah membeli buah tangan untuk mereka.
#Bagan
#Makcik kilang
#PAU2017
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#sanggup
#simpan cuti
#suami isteri
#UMNO
#UMNO 4 0
#Wanita UMNO