PAU2017: Lawan Guan Eng pun saya tak kisah - Nong Chik

Wan Syamsul Amly
Disember 8, 2017 20:21 MYT
Tegas Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, ia sekali gus tanda kesediaannya mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada PRU-14. - fotoBERNAMA
Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan kesanggupannya bertanding dengan Lim Guan Eng jika Setiausaha Agung DAP itu mahu bertanding dengannya di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Tegasnya, ia sekali gus tanda kesediaannya mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada PRU akan datang.
Jelasnya, kenyataan itu dibuat berdasarkan khidmat satu penggal tanpa jawatan yang diberikan kepada penduduk di kawasan itu.
BACA: Dengar kata, Nurul Izzah nak lari dari Lembah Pantai - Shahrizat
"Wakil daripada pakatan selalu tukar-tukar kawasan. Kami dari UMNO bersedia untuk menghadapi sesiapa pun, Nurul Izzah ke, Lim Guan Eng ke, lawan tetap lawan," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).
Pada PRU-13, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
Dalam PRU-12 pula, Nurul Izzah merampas kerusi itu dari tangan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
#Ahli Parlimen Lembah Pantai #cabar #Lawan Nurul Izzah #Lembah Pantai #Lim Guan Eng #PAU2017 #Perhimpunan Agung UMNO #pilihan raya #Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin #UMNO 4 0
;