PAU2017: Kurangkan pekerja tak terlatih dari luar negara - Shahrizat
Wan Syamsul Amly, Khairunnisa Kasnoon, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi, Nursyazwani Saiful Sham
Disember 9, 2017 15:44 MYT
Disember 9, 2017 15:44 MYT
Wanita UMNO menyaran majikan di sektor swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja tidak terlatih dari luar negara yang diberi gaji rendah.
Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka patut diganti dengan lebih ramai pekerja tempatan dengan gaji yang lebih tinggi.
"Ini pasti dapat membantu menjana ekonomi rakyat agar seiring dengan pembangunan negara," katanya ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tambahnya, sektor swasta tidak sepatutnya lepas tangan dalam isu ini dan bantu Kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.