PAU2017: Jangan terlalu selesa, pertembungan lebih 2 penjuru - Ahmad Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Disember 9, 2017 16:55 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid menegaskan sesetengah kawasan itu tidak akan memberikan keuntungan kepada Barisan Nasional. - Astro AWANI/Shahir Omar
Perwakilan UMNO dinasihat untuk tidak terlalu selesa dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membabitkan pertembungan lebih daripada dua penjuru.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sesetengah kawasan itu tidak akan memberikan keuntungan kepada Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, beliau menggesa ahli parti untuk memperkukuhkan UMNO dari dalam dan bukan bergantung kepada faktor luaran.
"Kita telah terdampar dua kali di pantai politik. Kita terima serangan (SLMA) atau surprised last minute attack atau kejutan serangan saat akhir oleh pembangkang.
"Hingga ada di antara kita yang terperangkap dengan serangan ini.
"Jadi kita kena hidu isu-isu dan pembohongan yang dimainkan strategis pembangkang," katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sebelum mengakhiri ucapan, Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengajak perwakilan untuk melafazkan ikrar kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti.
#Barisan Nasional #Najib Razak #pembangkang #perhimpunan #pilihan raya #politik #presiden #PRU14 #PWTC #serangan #UMNO #Zahid Hamidi
;