PAU2017: Dapat BR1M, keluar getah

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 8, 2017 17:55 MYT
Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya terhad kepada pembelian barangan keperluan asas. - fotoAFP
Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya terhad kepada pembelian barangan keperluan asas.
Ada penerima di Kuala Kangsar, menurut Perwakilan UMNO Kuala Lumpur, Datuk Zurainah Musa yang menggunakan BR1M bagi membeli benih getah untuk ditanam di tanah miliknya.
"Ini cerita benar. Apabila beliau melihat benih tersebut menjadi pokok, beliau mendoakan supaya perjuangan UMNO sentiasa diteruskan.
"Malah, pokok getah tersebut juga dinamakan sebagai 'Pokok Getah BR1M'.
"Ini merupakan bukti betapa agungnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO 2017.
#BR1M #Getah #Kedai Rakyat 1Malaysia #PAU 2017 #Perhimpunan Agung UMNO #UMNO #UMNO 4 0 #Wanita UMNO
;