PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi

Syafik Shukri Jalil
Ogos 14, 2024 15:00 MYT
Asyraf Wajdi bercakap dalam Sidang Media Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn WTC, di ibu negara pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah) tidak akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 akan datang.

Ringkasan AI
  • Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju PRN Sabah ke-17 tidak akan dibincangkan pada PAU 2024.
  • Perkara berkaitan retorik politik lebih baik dibincangkan secara tertutup di peringkat kepimpinan parti-parti utama.
  • Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata adalah sesuatu yang mustahil bagi UMNO Sabah bekerjasama dengan GRS bagi menghadapi PRN ke-17 akan datang.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, perkara berkaitan retorik politik dilihat lebih baik dibincangkan secara tertutup di peringkat kepimpinan parti-parti utama terutamanya badan perhubungan UMNO Sabah.
‘’Saya rasa isu ini tidak akan timbul secara terbuka begini, ini soal strategi politik sebab biarlah perkara ini dibincangkan secara tertutup di peringkat kepimpinan parti-parti utama terutamanya Badan Perhubungan UMNO Sabah yang diberikan autonomi untuk mereka berbincang dengan peringkat kepimpinan UMNO pusat.
‘’Bahkan isu ini kita sentiasa bincang pun cuma kita tidak perlu war-warkan terlebih dahulu dan saya tidak menjangkakan ia akan menjadi satu perbahasan di luar.
‘’Sebab biasanya orang Sabah dia akan banyak bercakap dalam konteks kepentingan rakyat Sabah daripada bercakap soal retorik politik kuasa yang lebih baik kita cakap di belakang tabir je,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn WTC, di ibu negara pada Rabu.
BACA: PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi
BACA: PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Terdahulu Jesselton Times melaporkan, Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata adalah sesuatu yang mustahil bagi UMNO Sabah bekerjasama dengan GRS bagi menghadapi PRN ke-17 akan datang.
Menurut beliau pengalaman pahit yang pernah dilalui UMNO Sabah sebelum ini turut memberikan pengajaran kepada UMNO untuk tidak menjalin kerjasama dengan parti yang tidak menghormati perjanjian.
#UMNO Sabah #Gerakan Rakyat Sabah #GRS #PRN Sabah ke-17 #Asyraf Wajdi Dusuki
;