PAU 2017: Takkan nak letak masa depan negara pada orang umur 93 tahun? - Najib

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 9, 2017 17:09 MYT
Datuk Seri Najib mempersoalkan cadangan pilihan pembangkang sebagai Perdana Menteri. - BERNAMA
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan cadangan pilihan pembangkang sebagai calon perdana menteri.
Menurut beliau, tidak logik untuk meletakkan masa depan negara di tangan individu yang berumur 93 tahun.
"Kita sudah berjaya besar dalam perjuangan, kita sudah capai begitu banyak kejayaan.
"Namun sebelum itu, kita perlu lalui Pilihan Raya Umum ke-14, pokok pangkalnya siapa yang akan pimpin.
"Ada dengar-dengar orang 93 tahun nak jadi perdana menteri balik. Takkan nak letak masa depan negara pada orang tua?" soal Datuk Seri Najib ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017.
#Barisan Nasional #Mahathir Mohamad #Najib Razak #Pakatan Harapan #PRU 14 #UMNO #UMNO 4 0
;