PAU 2017: PPBM bukan kuat pun di Kedah - Perwakilan

Hafiz Marzukhi
Disember 7, 2017 10:26 MYT
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya yakin parti tersebut tidak mampu mengugat posisi UMNO di Kedah.
UMNO Kedah tidak gentar dengan cabaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya yakin parti tersebut tidak mampu menggugat kedudukan UMNO di Kedah.
"Hakikatnya mereka tak kuat pun. Parti 'bunga' ini parti kanyaq. Tahu tak apa itu kanyaq? Orang putih cakap premature (pra-matang)," katanya ketika membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tambah beliau, kemampuan PPBM untuk mentadbir negeri juga patut dipersoal memandangkan urusan parti mereka pun gagal diurus mereka.
"Nak susun struktur parti pun huru hara, tak tentu hala. Nak cari pemimpin di bahagian pun tidak mampu," katanya.
#Kedah #PAU 2017 #Perhimpunan Agung UMNO #PPBM #Shaiful Hazizy #UMNO #UMNO 4 0 #UMNO Kedah