PASMA lahir dari kemelut MB Selangor - Khairy

Astro Awani
September 6, 2014 14:34 MYT
KHAIRY: Kegagalan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis politik di Selangor menyebabkan terdapat pihak tertentu yang mengambil keputusan untuk menubuhkan PASMA.
Penubuhan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dipercayai berpunca daripada krisis politik yang berlaku di Selangor ketika ini.
Itu pandangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai pertubuhan baharu yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu.
Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai parti lain, Khairy percaya, kegagalan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis politik di Selangor menyebabkan terdapat pihak tertentu yang mengambil keputusan untuk menubuhkan PASMA.
#Khairy Jamaluddin #PasMa #Penubuhan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia