Pasca Sarawak 2016: Kemenangan BN manifestasi pengundi terhadap kerajaan: Dr M
Astro Awani
Mei 8, 2016 23:30 MYT
Mei 8, 2016 23:30 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak adalah manifestasi pandangan warga Bumi Kenyalang terhadap pemerintah.
Namun pada masa sama, beliau melihat keputusan itu bakal menguji dinamik federalisme antara kerajaan negeri dan pusat pasca pilihan raya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan umum selama satu jam yang dihadiri seribu orang di Pusat Konvensyen Straits Quay di sini pada Ahad.
Barisan Nasional, mencapai kejayaan besar dalam PRN kali ini apabila menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah meraih kemenangan awal dengan mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan 6,360 undi.