Pasca PRU15: Tiada sidang media, Anwar tinggalkan pejabat tanpa kata

Nickyson Nyambar
November 22, 2022 20:49 MYT
Anwar yang menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam itu hanya berlalu melintasi pengamal media dari perkarangan pejabatnya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya yang terletak di Bukit Gasing pada jam 8.26 malam.
Beliau yang menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam itu hanya berlalu melintasi pengamal media dari perkarangan pejabatnya.
Tiada sidang turut diadakan di lokasi sama.
Beberapa pemimpin juga dilihat telah meninggalkan pejabat beliau di sini.
Terdahulu, Anwar melakukan pertemuan berkaitan rundingan bagi membentu kerajaan.
BACA: Pasca PRU15: 'Tiada keputusan siapa Perdana Menteri buat masa ini' - Anwar
Antara yang dilaporkan hadir termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Turut hadir, bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berada di sini.
Anwar pada petang ini juga dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun sesi menghadap itu masih tidak menemui kata-kata penamat kepada penantian rakyat Malaysia untuk melihat Perdana Menteri ke-10.
#pasca PRU15 #Pengerusi PH Anwar Ibrahim #Pakatan Harapan
;