Pasca PRU15: Tiada MP BN sokong Muhyiddin dilantik PM10 - Zambry

Astro Awani
November 22, 2022 16:31 MYT
Zambry memaklumkan, Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Dalam satu kenyataan, Zambry menjelaskan, pemakluman berkaitan perkara itu juga telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
BN juga meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.
Selepas tiga hari PRU15 berlalu, usaha-usaha untuk membentuk kerajaan baharu masih menemui jalan buntu.
PH yang mempunyai 82 kerusi parlimen dan PN yang memiliki 73 kerusi tidak dapat membentuk kerajaan kerana kedua-dua gabungan tersebut gagal mendapat majoriti mudah.
LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Zambry Abdul Kadir #PN #PH
;