Pasca PRU15: Megat Zulkarnain ganti Noh sebagai Pengerusi UMNO Selangor

Astro Awani
November 25, 2022 23:58 MYT
Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu lepas, dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu lepas, dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Menurut perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Megat Zulkarnain yang juga Ketua UMNO Bahagian Gombak dilantik susulan peletakan jawatan Tan Sri Noh Omar, Ahad lalu.
Selain itu, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah turut disahkan dilantik sebagai ahli MKT yang baharu hasil Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung pada Rabu.
Datuk Suraya Yaacob turut diumumkan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menggantikan Datuk Othman Aziz yang melepaskan jawatan terbabit susulan kekalahan BN Kedah pada PRU15.
Pada PRU15 yang keputusannya diumumkan Ahad lalu, BN memperoleh 30 kerusi Parlimen iaitu jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai gabungan itu pada PRU14.
#Barisan Nasional #Noh Omar #megat zulkarnain #Ahmad Maslan
;