Pasca PRU15: 'Kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini' - Al-Sultan Abdullah

Hafizi Rosli
November 22, 2022 14:49 MYT
-Be rational and we have move on, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini,- titah Baginda. - Foto Shahir Omar/ASTRO AWANI
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan baginda akan meneliti sokongan parti atau gabungan politik untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).
Baginda turut menyeru agar rakyat dapat bersabar dan baginda akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung pembentukan kerajaan.
“Saya baru balik ni, saya akan teliti sokongan (parti/gabungan) politik.
Baginda juga menyeru agar rakyat perlu bergerak ke hadapan untuk negara dan menerima apa jua keputusan rakyat serta wakil rakyat dan baginda sendiri.
“Kita perlu bersabar, terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan YDP Agong.
Be rational and we have move on, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini,” titah Baginda.
LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
"Kita perlu bergerak ke hadapan (move on), demi negara kita yang tercinta ini' - Titah Al-Sultan Abdullah
Semalam, Baginda berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2 petang hari ini (Selasa).
Ia memberi peluang untuk parti politik berunding dan menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Parlimen Tergantung #ismail sabri yaakob #Anwar Ibrahim
;