Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama

Sinar Harian
Oktober 7, 2023 10:15 MYT
Abdul Kudus dan Roziah selepas selesai membuang undi di SK Pelangai pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
BENTONG: "Memang semangat bersiap pagi tadi tak sangka pula jadi pengundi pertama di sini pagi ini," kata seorang pengurus ladang, Abdul Kudus Idris.
Abdul Kudus, 61, bersama isterinya, Roziah Abdul Razak, 59 dari Kemayan ditemui di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelangai di sini pada Sabtu.
Mereka yang menunggu sejak jam 7.30 pagi kelihatan teruja untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Menurut Abdul Kudus, beliau dan isteri tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi setiap kali berlangsungnya pilihan raya.
"Lega sudah selesai mengundi dan kini tidak sabar pula menunggu malam ini untuk ketahui siapa yang jadi pilihan di Pelangai.
"Balik dulu ke rumah dan kita berdoa agar semuanya berjalan lancar," tambah bapa kepada dua cahaya mata tersebut. - Sinar Harian
#PRK Pelangai #pasangan suami isteri #pengundi pertama #SK Pelangai
;