Pas tidak sesekali sertai PH, akan terus pertahan PN - Hadi Awang

Astro Awani
September 14, 2024 11:10 MYT
Abdul Hadi (tiga, kiri) berkata Pas tetap berdiri teguh mempertahankan PN dan menghidupkan Muafakat Nasional yang sebenar.
TEMERLOH: "Pas tidak sesekali berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam apa-apa jua bentuk."

Ringkasan AI
  • Pas tidak berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam bentuk apa pun dan tetap setia kepada Perikatan Nasional (PN) serta Muafakat Nasional (MN).
  • Pas memilih perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem, dengan keyakinan bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah dan penyelamat manusia.
  • Pas berkomitmen untuk mempertahankan keindukan Islam dan Melayu di Malaysia, dengan berpandukan al-Quran dan sunnah serta pendekatan demokrasi damai dan perpaduan umat.

Demikian kata presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memaklumkan bahawa Pas tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) yang sebenar.
"Pas memilih perpaduan umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem, iaitu kalangan yang tidak menghalang bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah dan penyelamat manusia yang berwawasan dunia sehingga akhirat, serta mewajibkan Islam memimpin," kata Abdul Hadi lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-70 di Temerloh pada Sabtu.
Tambah beliau, ini bagi menjamin ‘keindukan’ Islam dan Melayu kekal terpelihara di tanah air tercinta.
Sementara itu, beliau memaklumkan bagi menunaikan agenda politik Islam yang berpandukan hidayah, berhikmah, matang dan sejahtera, Pas tetap berpandukan al-Quran dan sunnah, serta ijtihad melalui pengalamannya dengan memilih pendekatan demokrasi damai dan perpaduan umat.
#Abdul Hadi Awang #Perikatan Nasional #Pakatan Harapan #Muktamar Pas
;