Pas tidak bergabung dengan UMNO walau sama-sama keluar Dewan

Bernama
Julai 17, 2018 18:34 MYT
ABDUL HADI: Kita hanya akan bekerjasama sahaja namun tidak akan bergabung bersama mereka, apa yang terbaik untuk negara kita akan lakukan. - Gambar fail/BERNAMA
Pas menegaskan tidak akan bergabung dengan UMNO meskipun kedua-dua parti itu mengambil tindakan bersama untuk keluar dari Dewan Rakyat, semalam.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan mana mana parti namun beliau bertegas ia tidak akan membawa kepada penggabungan.
"Kita hanya akan bekerjasama sahaja namun tidak akan bergabung bersama mereka, apa yang terbaik untuk negara kita akan lakukan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14, hari ini.
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
BACA: "Yang Berhormat, jangan lari..." - Pesanan Agong cuit hati Ahli Parlimen
BACA: Khairy Jamaluddin mohon maaf
Mesyuarat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Semalam, Anggota Parlimen Barisan Nasional termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta wakil rakyat daripada Pas bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai membantah proses pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
#Abdul Hadi Awang #ahli Parlimen #Barisan Nasional #bergabung #Dewan Rakyat #keluar dewan #Pakatan Harapan #PAS #pembangkang #UMNO
;