Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi

Mohamad Zalani Atan
September 14, 2024 13:38 MYT
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke- 70 di Kompleks Al-Makmur hari ini. - Foto Bernama
TEMERLOH: Parti Islam Se Malaysia (Pas) menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang parti itu tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang memalukan atau menjejaskan imej Islam.
Hadi juga menafikan laporan berita antarabangsa yang mengaitkan GISB dengan parti itu.
"Tak ada hubungan dengan kita langsung, walaupun beberapa media antarabangsa mengaitkan itu. Satu berita yang tidak betul, yang salah. Tak ada bukan ahli kita, tak ada kaitan dengan kita," katanya.
Malah Presiden Pas itu juga menegaskan bahawa mereka sentiasa memantau pengurusan parti dan tidak terjejas oleh pengaruh luar,
"dalam Pas insya-Allah kita terkawal kita ada lajnah pentadbiran kita sendiri dalam pihak lain kita tak tak ada hubungan," katanya.
Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas merasikan Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Temerloh pada Sabtu.
Pas juga menyuarakan pendirian mereka bahawa sebarang siasatan harus diserahkan kepada pihak polis untuk diuruskan.
Penafian ini dibuat susulan operasi besar-besaran PDRM ke atas 18 rumah amal milik GISB di Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September 2024.
#PAS #Abdul Hadi Awang #GISB #Muktamar Pas
;