Pas terus berusaha jadi penyatu parti-parti politik Melayu - Khairil Nizam

Israr Khalid
Disember 15, 2021 07:11 MYT
Khairil Nizam berkata, menjadi parti dominan bukan matlamat Pas, tetapi sebagai 'moderator' memastikan penyatuan ummah dapat disuburkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerjasama serampang dua mata Pas dengan Bersatu dan UMNO bukan kerana parti itu tidak berpendirian apatah lagi mahu menumpang kekuatan parti lain.
Tetapi tegas Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin, tindakan itu adalah untuk memastikan ada jambatan antara kedua-duanya demi memastikan kelangsungan dan keutuhan politik Melayu di tanah air ini.
“Dalam erti kata lain, Pas menjadi titik tengah, kita tidak pernah mengetepikan atau membuang salah satu daripadanya.
“Kedua-duanya mesti bersama di bawah satu payung kerana kita tahu dengan ketiga-tiga ini (Pas, Bersatu, UMNO) bersatu maka insyaAllah, wabi’iznillah, dengan izin Allah, Pakatan Harapan tidak akan ada harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU15),” katanya.
Sepanjang 70 tahun bertapak dalam arena politik negara, hubungan Pas dengan UMNO sentiasa bertaut, sama ada menjauh atau mendekat sahaja kerana kalau dilihat sejarahnya, kedua-duanya dari akar yang sama.
Maka apa pun berlaku, kata Khairil, Pas akan tetap berusaha memastikan hubungan itu terjalin malah cuba untuk mencari titik temu yang dapat mengeratkannya lagi untuk bergerak menuju PRU15 dan ke hadapan.
“Pas akan terus berusaha menyatukan UMNO dan juga Bersatu di bawah satu perikatan, satu gabungan di dalam PRU15 tanpa mengetepikan rakan-rakan daripada NGO dan pempengaruh, yang boleh bersama dengan prinsip kesepakatan Pas,” katanya.
Tonton temu bual penuh beliau bersama hos Essan Yahya dalam program Agenda AWANI, di sini:
Pas terus berusaha menjadi penyatu parti-parti politik Melayu - Khairil Nizam
Agenda AWANI: Tujuh dekad perjuangan Pas
#PAS #Khairil Nizam Khirudin #UMNO #Bersatu
;