HULU TERENGGANU: Pas terengganu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan lebih awal sebagaimana saranan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, ia berikutan 'momentum' dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat masih panas selepas Perikatan Nasional (PN) Terengganu meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Menurut Ariffin, keputusan PRN itu juga bergantung pada pucuk pimpinan PN.
Jelas beliau, PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.
"Kita tunggu masa keputusan yang dibuat oleh pimpinan kita. Kalau bulan Jun pun, tak lama sebenarnya.
"Persediaan Pilihan Raya tak ada masalah, jentera sudah bersedia. Orang kata masih panas lagi. Dengan isu BN yang masuk bersama PH dalam kerajaan campuran bukan kerajaan perpaduan sebenarnya kerajaan campuran lebih memudahkan kita," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah ASEAN Monsoon Casting Tournament 2022 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, menyarankan tiga negeri diterajui PN iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengadakan PRN selepas PRU15 di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman selesai.
Menurut beliau ia berdasarkan sokongan diberikan pengundi terhadap PN pada PRU15.
Nur Fazlizai Ali
Tue Dec 06 2022

Menurut Ariffin, keputusan PRN itu juga bergantung pada pucuk pimpinan PN. - Foto fail/Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.

BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.

Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.

GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.

PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.

PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.