Pas tangguh pemilihan sebelum tempoh Mesyuarat Agung tamat - KP RoS
Astro Awani
Ogos 7, 2021 13:40 MYT
Ogos 7, 2021 13:40 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Jasri Kassim menyanggah dakwaan yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pihaknya mengamalkan pilih kasih.
Jasri menjelaskan, tidak timbul pihaknya mengamalkan pilih kasih bila tidak menghalang Pas dari menangguhkan pemilihan jawatan kepimpinan parti itu.
Beliau menegaskan, Pas memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti pada kita tempoh kepimpinannya belum tamat tempoh.
“Pas kemukakan penangguhan sebelum tempoh Mesyuarat Agung tamat,” katanya seperti dilaporkan portal MalaysiaNow.
Pada Jumaat, Najib mempersoalkan keputusan RoS yang mengatakan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sebagai tidak sah.
Hujah yang diberikan adalah tempoh pemegang jawatan parti itu bagi penggal 2018-2021 tamat pada 30 Jun 2021.
Najib berkata langkah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti turut dilakukan Pas namun tidak mendapat apa-apa tindakan dari RoS.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 7 Mac lalu memaklumkan partinya menangguhkan pemiihan parti sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-15.
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#ros
#Jasri Kassim
#Najib Razak
#UMNO
#PAS
#tangguh
#pemilihan