PAS Selangor akan akur sebarang keputusan berhubung tahaluf siyasi bersama PKR

Hafiz Marzukhi
April 30, 2017 11:21 MYT
Perwakilan Selangor Zaidy Abdul Talib berkata pimpinan PAS di peringkat negeri berdiri teguh di belakang kepimpinan parti. - Foto Fail
PAS Selangor akan akur kepada sebarang keputusan yang diambil pimpinan PAS Pusat berhubung 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik bersama PKR.
Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pimpinan Pas di peringkat negeri sememangnya berdiri teguh di belakang kepimpinan parti.
"Jika disuruh undur kami akan undur. Jika disuruh mara kami akan teruskan," kata Zaidy yang juga merupakan Ahli Exco Kerajaan Selangor.
Malah, Zaidy turut meminta perwakilan dari Selangor untuk menunjukkan sokongan tanpa belah bahagi dengan berdiri ketika beliau membahaskan usul ucapan Presiden Pas ketika sesi Muktamar pagi ini.
Muktamar Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama Pas sebelum ini telah meluluskan usul untuk memutuskan kerjasama politik atau 'tahaluf siyasi' dengan PKR untuk dibahaskan di peringkat Muktamar Pas Pusat.
#MARA #PAS #tahaluf siyasi #Zaidy Abdul Talib
;