IPOH:Pas Perak menzahirkan komitmen untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu susulan kemelut politik yang berlaku ketika ini, kata Pesuruhjayanya Razman Zakaria.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata ini berdasarkan keputusan pucuk pimpinan untuk menyokong kerajaan yang telah dibina bersama atas permuafakatan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
"Mantan Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Tuanku bertitah supaya terima mana-mana calon (Menteri Besar), jadi kita telah setuju untuk mempertahankan kerajaan PN yang telah kita persetujui bersama.
"Hubungan antara Pas dan UMNO juga seperti biasa. Prinsip Pas bahawa kita tidak akan bersama Bersatu sahaja tanpa UMNO dan tidak akan bersama UMNO sahaja tanpa Bersatu," katanya kepada pemberita selepas sidang media Ahmad Faizal di kediaman lama Menteri Besar di sini semalam.
Terdahulu, dalam sidang media itu, Ahmad Faizal mengumumkan bahawa beliau telah menyembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar dan seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Sultan Nazrin ketika menghadap baginda di Istana Kinta di sini pada kira-kira 3 petang semalam.
Ditanya sama ada krisis yang berlaku ketika ini hanya akan membawa kepada pertukaran Menteri Besar, Razman berkata perkara itu terserah kepada interpretasi masing-masing.
"Terserahlah sama ada pertukaran Menteri Besar itu hendak diinterpretasikan sebagai kejatuhan kerajaan tetapi hakikatnya, apabila Menteri Besar turun maka semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga turun dan seolah-olah ada kerajaan baharu.
"Peletakan jawatan Ahmad Faizal mengikut perlembagaan secara automatik menyebabkan barisan exco kerajaan negeri juga tergugur secara bersama, jadi Perak kini tidak mempunyai kerajaan dan kita tunggu titah Tuanku siapa yang mempunyai majoriti untuk dilantik menjadi kerajaan," katanya.
Semalam, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang gagal memperoleh sokongan dalam usul undi percaya ahli Dewan kepada Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan mahu membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3), PAS (3) manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

RAZMAN: Peletakan jawatan Ahmad Faizal menyebabkan barisan exco kerajaan negeri juga tergugur, jadi Perak kini tidak mempunyai kerajaan. - Gambar fail

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.

Polis panggil dua ADUN Pas bagi keterangan himpunan di Menara Condong
Dua ADUN Pas dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.

Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng.

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.

'Pertukaran kerajaan tak ganggu kemasukan pelabur' - Razman
Perubahan tampuk pentadbiran di mana-mana kerajaan negeri bukan sesuatu yang asing sebaliknya ia disifatkan sebagai perkara biasa dalam negara ini, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.