Pas lancar aplikasi Malaysia Sejahtera

Astro Awani
Mac 19, 2018 12:09 MYT
Aplikasi Malaysia Sejahtera itu menawarkan maklumat Dasar Perjuangan PAS, Manifesto PRU14, isu semasa, Program Terkini dan Biodata Calon PRU14. - Gambar hiasan
Pas melancarkan aplikasi Malaysia Sejahtera bagi memudahkan orang ramai mengetahui tentang aktiviti parti menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Aplikasi tersebut diusahakan oleh Lajnah Pemerkasaan Parti yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan kerjasama Unit IT Pas Pusat.
"Aplikasi ini dibina bagi memudahkan orang ramai mengikuti aktiviti Pas menjelang dan sepanjang PRU14.
"Ianya dapat dicapai melalui aplikasi google store oleh pengguna android," kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan kepada Astro AWANI.
Aplikasi Malaysia Sejahtera itu menawarkan maklumat Dasar Perjuangan PAS, Manifesto PRU14, isu semasa, Program Terkini dan Biodata Calon PRU14.
Namun biodata calon PRU14 hanya boleh dilayari selepas senarai calon dimuktamadkan oleh pimpinan Pas.
Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pengumuman manifesto Gagasan Sejahtera pada Ahad.
#aplikasi #Berjasa #Gagasan Sejahtera #Ikatan #Malaysia #Malaysia Sejahtera #MalaysiaMemilih #Nasrudin Hassan #PAS #PCM #PRU14 #Tuan Ibrahim Tuan Man