'Pas bukan saingan dalam politik kini' - Mahfuz

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Mac 15, 2018 13:47 MYT
MAHFUZ: Pendirian Pas dilihat sering 'flip-flop' dalam beberapa isu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Parti Islam Se-Malaysia (Pas) bukan cabaran bagi sesiapa dalam persaingan politik di Malaysia.
Menurut ahli terbaharu Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar, ini berikutan pendirian Pas yang dilihat sering 'flip-flop' dalam beberapa isu.
"Sebagai sebuah organisasi Islam, ya, Pas adalah kuat.
"Namun, dari segi persaingan politik kuasa, saya rasa Pas bukan cabaran," kata beliau.
Apabila ditanya sekiranya beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mahfuz berkata fokusnya kini adalah untuk memenangkan partinya serta Pakatan Harapan.
"Saya tidak kisah. Saya hanya ingin bantu menangkan Pakatan Harapan," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata pimpinan parti akan bermesyuarat sebelum menentukan peranan Mahfuz sama ada dalam parti atau pun dalam PRU14 nanti.
"Memang Amanah tidak mengamalkan polisi memberi kerusi kepada ahli baharu. Namun, kami akan membincangkannya dengan lebih lanjut dalam mesyuarat pimpinan seterusnya," katanya.
BACA: Teka-teki terjawab! Mahfuz Omar sertai Amanah
#Amanah #berita politik #Mahfuz Omar #Parti Amanah Negara #PAS #pilihan raya umum #Politik Malaysia #PRU14 #Salahuddin Ayub
;